Saturday 18 May 2013

Kau Takkan Pernah Tahu


kau tak pernah tahu.. 
hatiku sakit bila kau mendustai..

kau tak pernah tahu..
hatiku terluka dengan perbuatanmu..

kau tak pernah tahu..
hatiku gelisah apabila kau hancurkan cintaku..

kau tak pernah tahu..
saat kau melangkah pergi..
hatiku menangis..

kau tak pernah tahu..
hatiku kecewa..

kau tak pernah tahu..
aku mencintaimu..
dulu, kini dan selamanya.. :)










Persoalan Yang Tak Pernah Terjawab


boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? apakah kamu tak pernah fikir betapa seksanya aku apabila harus melupakanmu ? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku dihidupmu, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum? 

boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..
aku rindu akan wangianmu itu..



boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? kamu bahagiakah bersama insan itu ? apa KEKASIHMU itu membuatmu rasa tenang bersamanya? apakah dia punya kelebihan dariku ? apakah kau menyayanginya lebih dari aku ? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? gembirakah kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu wahai pemilik hati ku..




boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? tp Kamu...?
mudahnya kau lupakan kenangan kita..
yang kita bina bertahun-2..
penuh dengan onak dan duri..

boleh aku bercerita?

pergilah dari hidupku, kalau itu yang kau mahu
aku tidak pernah meminta lebih dari kemampuanmu..
aku hanya ingin kau bahagia.. lepaskanlah aku..
kerana tiada jalan bahagia buat kita..
kau sudah ada pengganti hidupku..
punya bahu dan sapu tangan apabila kau memerlukan..
untuk apa kau bersamaku?
untuk apa kata sayangmu padaku lagi ?
hakikatnya Dia di hidupmu..
jika benar ucapan sayangmu itu untuk ku..
kau xkan pernah menduakan dan mengkhianatiku sebagaimana
yang engkau lakukan...
aku ingin kau tahu.. hati ini telah hancur ! :(






Apabila Luka Dirasai


Aku bukan pemain puisi cinta kerana puisi romantis telah membunuh ku, membunuh jiwa ku dan yang ada hanya puisi sedih duka menemani luka dihati ini. terima kasih Cinta diatas pengalaman dan rasa ini :)

Dulu aku pernah punya cinta
Dulu aku pernah punya sayang
Namun kini tiada lagi
Perasaan yang seperti dulu
yang tinggal kini hanya kenangan lalu
yang seringkali mengusik dan menikan rasa ini

Kini tiada lagi kisah antara aku dan dia
Cintaku itu telah musnah sudah
pergi bersama masa 
yang tinggal kini hanya kelukaan 
kelukaan yang tak dapat aku lupakan
Hancur hatiku
Telah kau sakiti perasaanku
berulang kali

Biarkan aku pergi
Jangan kau tanyakan aku lagi
biarkan aku sendiri tanpa cintamu yang palsu itu
aku akan bertemu dengan kebahagiaan aku nanti
Ku yakin ini yang terbaik
untuk kau dan diriku

Biarkan berlalu
jangan dikenang lagi peristiwa itu
namun,
Rasa cinta ini di hati
Ku tak bisa tuk menahan
Aku luka di sini
kerna hakikatnya rasa hati ini masih tersisa 
rasa sayang padamu :)

Thursday 16 May 2013

My Family


convo aku punya abang di GMI, 3 Nov 2012

abah, adik and ma :)

raya Haji 2012



my cousin wedding.. 27May2012

with adik Najihah :)

with adik Nadhirah :)

with sepupu :)
majlis mengantar sepupu kawin.. Di sungai petani, Kedah..

adik-2 pompuan aku :)



with sepupu-2 aku :)
majlis di Kota Bharu

adik kesayangan aku and keluarga :)

satu-2nya maksedara yang belum kawin :)

with my lovely grandma.. satu-2nya nenek yang ada :)


adik Ghah dengan abah masa hari graduate Ghah :)

1st time raya ngan adik bongsu.. and 1st jugak la baju raya kami sedondon :)

budak cute :)





love my family :)

















cinta curang















Rasa itu