Thursday 16 May 2013

Hanya Berserah


Yu
maafkan aku sebab dah kurang beri perhatian pada Yu,
aku hanya memerhatimu dari jauh,
maafkan aku kerana jarang ambil tahu pasal awak,
mungkin hati ini sudah beku,
mungkin jua hati ini semakin jauh..

Yu
bagi aku, mengenali kamu adalah memori terindah dalam hidup aku
Allah telah menemukan kita,
semakin aku menidakkan kehadiranmu,
semakin kamu hadir dalam hidup aku,

Yu
biarlah aku begini,
Allah lebih tahu
apa sahaja yang akan terjadi,
hanya Allah yang tahu perasaan aku,
aku tahu aku tak bererti langsung padamu,
aku doakan kamu akan bahagia dan terus bahagia,
walaupun tanpa diri aku.

Yu
maafkan aku sebab tak angkat call awak,
bukan aku tak rindu,
tapi hanya ingin menenangkan diri ini,
aku hanya ingin sendiri dan sendiri tanpamu,
hidupmu lebih bahagia tanpaku..

Yu
maafkan aku sekali lagi,
maafkan aku kerana menjauhkan diri darimu,
semoga kita menemui cinta sejati :)



No comments:

Post a Comment