Wednesday 10 April 2013

Bagaimana Hendak Bersyukur


Menurut Imam al-Ghazali, perasaan syukur hanya akan timbul apabila seseorang memiliki ilmu. ini kerana :

1. Dengan ilmu, seseorang mampu menilai nikmat yang Allah berikan kepadanya serta menghargai nikmat tersebut sebaik-baiknya..

2. Dengan ilmu, seseorang akan mengenali Allah sebagai pencipta dan pemberi nikmat yang satu-2Nya..

3. Dengan ilmu, seseorang akan memanfaatkan nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya terutamanya dengan mentaati Allah yang Maha Esa.

sebagai contohnya seperti nikmat mata. Andainya kita tahu betapa besarnya nikmat memiliki mata jika dibandingkan dengan orang yang buta, sudah pasti kita akan bersyukur yang tidak terhingga kerana dapat melihat sekeliling kita yang indah lagi bermakna. Andainya kita tahu siapa yang menganugerahkan kepada kita mata yang sempurna, sudah pasti kita akan bersyukur kepada Allah sepanjang masa kerana Dialah pemberi segalanya.. 

Jesteru, dengan ilmu, nikmat yang dikurniakan lebih terasa, syukur yang dipanjatkan lebih bermakna, kebesaran Allah lebih dirasa, kesungguhan beribadah bertambah khusyuknya..



No comments:

Post a Comment