Wednesday 10 April 2013

Perkara Dibenci Allah :)


sikap yang lazim dilakukan oleh manusia ( kita ).. 

1. Gelojoh ketika makan.. seseorang yang terlalu kuat makan dan bersikap tidak sopan ketika menjamah makanan. sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang dan menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan sehingga membawa kepada pembaziran..

2. Banyak Bercakap.. Allah mencela manusia yang bercakap perkara yang sis-sia, fitnah memfitnah dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia..

3. Suka marah-2.. kemarahan boleh membuar seseorang itu bertindak diluar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik sehingga mencetuskan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa..

4. Kedekut dan Bakhil. Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan sehingga bertimbun banyaknya. sikap kedekut menutup seseorang daripada membelanjakan sebahagian daripada hartanya kejalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

5. Bermegah-megah.. terlalu bermegah-megah dengan kekayaan, status, jawatan, gelaran boleh membawa kepada perasaan riak dan takbur..

6. Suka bangga diri. perbuatan ini ada unsur-2 megah dan sombong diri dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan oleh Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi oleh perasaan sombong dan ego..

7. Gemarkan pujiaan atau riak.. Manusia jenis ini lebih suka dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-2. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan hati.

8. Ego atau sombong. Sikap ini akan membuatkan seseorang itu berasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara berbanding orang lain sehingga mereka lupa bahawa hanya Allah sahaja yang bersifat Maha Besar..


No comments:

Post a Comment