Monday 18 March 2013

Berhenti Mencintaimu :)






seharusnya aku pergi saat kau tolak cintaku.. seharusnya aku tak disini lagi, menanti ucap cinta.. namun itu tak mungkin akan terjadi lagi.. kerana diantara kita tiada cinta lagi.. emm.. 

aku bertahan disini, biar kau terasa dekat dengan ku.. biar kau rasa tulusnya cintaku.. sejujurnya, aku takut patah hati, aku takut jauh dari mu, melupakan mu, seperti kau membunuh cinta aku ! tahukah kau, perkataan mu itu terlalu menyakitiku?? kau takkan pernah mengerti, apa yang aku rasakan diatas perbuatan mu itu.. aku hanya mampu berdoa agar kau peroleh kebahagiaan kelak.. hanya kamu yang tahu, apa yang terbaik buat kehidupanmu.. :)


memang, berteman itu indah.. dan hatiku takkan pernah setuju.. yang aku ingin, bukan hanya untuk menatapmu,mendengar setiap ceritamu, aku ingin menangis bersamamu, ketawa denganmu, berbahagi hati selamanya..

Berikan aku penjelasan, apa ertinya selama ini ?? kau beri, kau puji yang membuat ku tinggi.. kau memberi harapan yang seperti semuanya indah.. namun, kenyataan itu tak semanis inginku.. salahkah aku? kerna terlanjur inginkan semua yang ada di dirimu ? salahkah kerana terlalu berkhayal indah tentangmu ? sebelum cinta hina, semampunya ku harus rela.. berhenti merinduimu dan membunuh rasa ini !

No comments:

Post a Comment