Monday 18 March 2013

Tiada Jalan Kehatimu


Mencuba meraih hatimu, walau payah yang aku pikul, walau beban yang aku tadah..
kau tahu hatiku, kau tahu perasaanku pada mu.. kau datang padaku, kau biarkan aku bermain dengan emosi, kau goda hatiku, kau lepas hati ku, kau lukai hati aku..
mana akhirnya teka teki ini ??
siapa aku disanubarimu??
sekadar teman atau bagaimana??
mengapa kau beri tanda cinta walau tiada niat untuk mencinta??
akukah yang bermain dengan perasaan??
tetapi mengapa tiada langkah saat ku minta kau untuk pergi ??
jangan kau berlari-2 dalam hati aku, tetaplah disitu kalau itu destinasinya.. aku cuba rungkai kata pasti, kenapa kau berdiam diri??
aku hanya mahukan kesudahan cerita yang kau mahu.. aku hanya mahu kepastian yang hanya ada padamu.. jenuh ku menunggu, letih ku menanti.. rupanya dia yang kau inginkan.. oh Tuhan?? kenapa terjadi lagi episod ini?? episod yang sama berulang-ulang yang terjadi dalam hidupku.. seharusnya kau pergi seawal kau tahu, hatiku menyanjung dirimu.. kau tidak tega melangkah dari hidupku, kau buat aku terus berharap padamu..
seandainya aku tahu niatmu, pasti aku tidak akan segan membina jarak antaramu..
tiada jalan sudah,tiada harapan lagi, kau beri tanda cinta yang bukan untukku.. kau memberikan aku senyuman murahan yang membuatkan aku terbang ke langit khayalan..
tiada jalan lain ke hatimu, tiada perlu lagi aku disini, menantimu adalah kebodohanku..
menunggumu adalah ketidakwarasan akalku..
telah lama ku harap kau jemput cintaku, telah lama ku simpan satu hati untuk kau sanjung.
saat ku sedar tiada jalan untuk menuju kehatimu, aku yakin aku harus pergi.. jangan kau halang lagi, aku tidak bisa menipu hatiku, aku tidak sanggup senyum di sebalik sedihku.. sampai disini sahaja.. terhenti disini cintaku untukmu.. berakhir disini hubungan tanpa nama ini ! :)

No comments:

Post a Comment