SEJARAH KERIS
Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan
sejak lebih daripada 600 tahun dahulu. Ia digunakan untuk mempertahankan diri
dan sebagai alat kebesaran diraja. Keris selalu dikaitkan dengan kesaktian dan
keistimewaan luar biasa dimana kononnya boleh membunuh dengan menikam bekas
tapak kaki musuh berkenaan.
Keris berasal dari kata kris, atau riris, atau aris yaitu sesuatu
yang kecil runcing dan tajam. Walaupun belum dapat dipastikan kapan pertama
kali keris berkembang di Nusantara akan tetapi Keris diperkirakan telah ada
semenjak perkembangan seni perlogaman berkembang di Nusantara. Dalam beberapa
artifak dan catatan sejarah keris telah ada dan berkembang pada masa awal-awal
abad pertengahan, tahun 825 saka (907 M) telah dikenal istilah “kris”, di dalam
tertulis antara lain kata Kres yang diduga artinya keris. Hal ini menunjukan
bahwa masyarakat jawa telah mengenal keris semenjak abab ke-9.
Beberapa kisah lainnya yang memberikan keberadaan keris antara
lain: Pada yang di buat kira-kira tahun 750 M diterangkan raja keluarga
Syailendra memerintahkan untuk membuat keris. Pada patung Rarajunggrang di
candi Prambanan ( tahun 910 M) salah satu tangannya memegang senjata katga yang
ertinya senjata tajam keris. Dalam salah satu dinding candi Sukuh yang berangka
tahun 1456 tergambarkan suasana dalam penempaan pembuatan keris.
Keris pada mulanya merupakan salah satu kelengkapan upacara ritual,
dimana keris menjadi bahagian dalam upacara terhadap Dewi Sima yaitu dewi
kesuburan. Pada masa itu keris merupakan fisualisasi konsepsi lingga dan yoni.
Seiring dengan perkembangan kebudayaan di Nusantara, keberadaan dan peran keris
terus mengalami perkembangan, dimana awal mulanya sebagai kelengkapan upacara
ritual keris merambah pada fungsi-fungsi yang lebih kompleks, sebagian keris
menjadi diluhurkan dan diagungkan. Keris menjadi sarana penanda status sosial,
keris berperan pula dalam perjalanan politik pemerintahan kerajaan waktu itu,
keris sebagai benda keramat yang diagungkan, sebagai sarana religius, senjata
perang, penanda angka tahun, benda berharga dan lain sebagainya.
Keris adalah salah satu artifak simbol dan identiti keagungan
bangsa Melayu yang mempunyai peranan dan fungsi yang istimewa dan unik dan
tidak mudah pupus sejak ia mula dicipta sehingga kini. Menurut seorang pengkaji
barat, Edward Frey, keris merupakan lambang budaya yang terpenting bagi
masyarakat Melayu. (BeritaHarian, 4 Mei 1988). Secara umum, keris adalah
sejenis senjata tajam yang digunakan sebagai alat mempertahankan diri terutama
dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu (Shahrum Yub, 1966). Menurut defini
Kamus Dewan (1996) pula, keris ialah sejenis senjata bermata dua yang tajam.
Keris merupakan karya yang multi material dan keahlian, keris
merupakan penggabungan seni tempa logam pada bilah, seni kemasan atau perhiasan
pada mendak, selut dan pendoknya, serta seni ukir kayu pada bahagian hulu dan
warangkanya. Beberapa unsur tersebut dihasilkan dengan baik oleh pengukir dan
digabungkan menjadi karya yang indah, bermutu tinggi dengan nilai-nilai seninya.
Haryono Haryo Guritno dalam bukunya Keris Jawa Antara Mitos Dan Nalar, menyatakan
sebilah keris harus mempunyai sarung dan gagang atau hulu. Bagi masyarakat
jawa, Warongko dan Perabot keris yang lain hampir sama pentingnya dengan sebilah
keris itu sendiri.
A.H Hill dan G.B Gardner dalam buku “The Keris and other
Malay Weapon” (1973) percaya bahawa keris mula dicipta di Semanjung
Tanah Melayu. Menurut beliau, bentuk keris asal adalah ditiru daripada bentuk
’iting’ atau sengat ikan pari.’Iting’ ikan pari pernah digunakan sebagai
senjata oleh nelayan-nelayan Melayu yang arif tentang keistimewaan sengat ikan
pari yang berbisa itu. Encik Kamarul Baharin A. Kassim dalam kertas kerjanya “Reformasi
Keris 1” juga menyatakan bahawa ada juga teori yang berpendapat bentuk asal
keris berasal dari tanduk kambing. Asalnya kedua-dua bentuk keris ini adalah
berdasarkan pemerhatian masyarakat pada waktuitu terhadap kehidupan alam yang
diinovasikan berdasarkan kepada keperluan masyarakat tersebut pada masa
itu.Beberapa sarjana percaya bahawa bentuk keris berlok adalah menunjukkan naga
atau ular yang sedang bergerak yang disebut ’sarpa lumaku’,
sementara keris lurus adalah diinspirasikan daripada keadaan ular atau naga
yang sedang tidur atau bertafakur yang disebut ’sarpa tapa’(The
Star, 4 September 1995).
ISTILAH-ISTILAH KERIS MELAYU
Dalam
budaya perkerisan ada sejumlah istilah yang terdengar asing bagi orang awam.
Pemahaman akan istilah-istilah ini sangat berguna dalam proses mendalami
pengetahuan mengenai keris. Istilah dalam dunia keris, khususnya di Pulau Jawa,
yang sering dipakai: angsar, dapur, pamor, perabot ,tangguh, tanjeg ,dan
sebagainya. Istilah ini lazim digunakan di Pulau Jawa dan Madura, juga digunakan
di daerah lainnya, seperti Sulawesi, Sumatra, dan bahkan di Malaysia, Singapura,
dan Brunei Darussalam.
BAHAGIAN-BAHAGIAN KERIS
Bahagian-bahagian
keris yang biasa diketahui oleh masyarakat adalah: hulukeris, mata keris,
pamor, luk,dan warangka atau sarung
keris.
a) Hulu keris atau pemegang keris
Seringkali dilihat mempunyai ukiran padanya. Difahamkan bahawasanya
sebelum kedatangan Islam di Nusantara Melayu, banyak seni ukir yang terdapat
pada hulu keris berunsurkan gambar
binatang seperti itik, burung dan juga berunsurkan dewa-dewa yang
dipercayai banyak mempengaruhi akal pemikiran orang-orang dahulu. Namun setelah
kedatangan Islam, banyak ukiran telah ditukar ganti dengan ukiran bentuk pada
kayu tanpa menonjolkan sebarang bentuk
berupakan binatang atau dewa-dewa.Bahagian hulu keris biasanya berukuran
sepanjang lebih kurang 15sm,berkeadaan membengkok di bahagian tengahnya seperti
bentuk kepala tongkat,diukir dengan tangan sepenuhnya, dan mempunyai nilai
estetik Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu , gading gajah,
tandukbinatang, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu
karang).
a)
Pamor :
Dalam dunia perkerisan memiliki tiga macam pengertian. Yang pertama
menyangkut bahan pembuatannya misalnya pamor meteorit, pamor Luwu, pamor nikel,
dan pamor sanak. Pengertian yang
keduamenyangkut soal bentuk gambaran atau pola bentuknya. Misalnya: pamor
Ngulit Semangka, BerasWutah, Ri Wader, Adeg, dan sebagainya. Ketiga, menyangkut
soal teknik pembuatannya, misalnya: pamor mlumah, pamor miring dan pamor puntiran.
b)
Warangka
keris:
Dikenali juga sebagai sarung keris. Sarung keris adalah tempat menyimpan
keris supaya mata keris terselamat daripada sebarang kerosakan. Oleh itu ia
boleh disifatkan sebagai keselamatan bagi mata keris ketika ia tidak digunakan
dalam menentang musuh. Hampir sepanjang masa keris berada di dalam sarung keris.
Kebanyakannya dibuat dari kayu yang berserat dan bertekstur indah. Namun di
beberapa daerah ada juga warangka keris yang dibuat dari gading atau tanduk
kerbau. Warangka keris selalu dibuat indah dan sering kali juga mewah. Ianya
digunakan untuk memperlihatkan status sosial serta ekonomi pemiliknya.
c)
Luk :
Istilah ini digunakan untuk bilah keris yang tidak lurus, tetapi
berkelok atau berlekuk. Luk pada keris selalu gasal, tidak pernah genap. Kiraannya
mulai dari luk tiga, sampai luk tigabelas. Itu keris yang normal. Jika luknya
lebih dari 13, dianggap sebagai keris yang tidak normal, dan disebut keris
kalawijan atau palawijan. Jumlah luk pada keris selalu ganjil dan tidak pernah
genap. Selain itu, irama luk keris dibagi menjadi tiga golongan. Pertama, luk
yang kemba atau samar. Kedua, luk yang sedang dan yang ketiga luk yang rengkol iaitu
irama luknya tegas.
d) Pendongkok
keris
Pendongkok ialah sebentuk cincin yang dipasang di bahagian pangkal
hulukeris sebagai perhiasan dan juga pembahagi di antara hulu dan mata keris.
Pendongkok keris yang juga dikenali sebagai dokok, dulang-dulang
keris atau memendak diperbuat daripada logam, tembaga, perak, atau emas.
Pendongkok dihiasi dengan motif bunga atau tumbuhan dan berukiran bunga dawai
pintalyang bertatakkan batu permata atau
ukiran biasa sahaja. Pendongkok dihasilkan melalui teknik-teknik ‘filigree’,
’repousse’ dan juga tebuk, iaitu mengikut kebiasaan pertukangan emas, perak dan
tembaga. Pendongkok melekap pada pangkal hulu keris di bahagian permukaan
ganja. Sungguhpun pendongkok mempunyai yang agak stereotaip, namun ia dapat
dibezakan melalui hiasan-hiasan serta teknik-teknik yang digunakan dalam
membentuk hiasan tersebut. Hiasan tatahan batu permata yang dicengkam kukuh
oleh gandar-gandar pendongkok merupakan satu aspek yang menarik yang terdapat
pada pendongkok keris-keris Melayu.
PROSES
PENGHASILAN KERIS
Pandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang terkenal dan
mahir di dalam bidang pertukangan besi. Seseorang yang menunjukkan ketokohan
dan terbukti kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di dalam bidang
tersebut.Kemahiran "Pandai Besi" tertumpu kepada usaha menempa
senjata tradisonal seperti keris, kelewang chalung, parang, pedang dan
sebagainya di samping menghasilkan peralatan pertanian tradisional. Peralatan
menempa, motif danragam pertukangan serta cara membentuk senjata memperlihatkan
kepakaran"Pandai Besi" itu sendiri. Terdapat pelbagai alat yang
dihasilkan oleh Pandai Besi. Kebanyakan barang-barang yang dihasilkan merupakan
alat-alat senjatadan alat-alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu
pekerjaan. Antaranya ialah keris, kelewang chalung, pedang, kerambit, golok,
cangkul, lembing dan sebagainya Proses menghasilkan keris melalui beberapa
proses tertentu iaitu proses penempaan, membentuk ‘belalai gajah’, mengikir,
menyepuh dan menghasilkan pamor Besi dibakar dan diketuk secara berturut-turut
sebelum dipotong.
Setelah dipotong, mata besi itu dipanaskan lagi dan digodam
berulang kali. Ini berterusan sehingga bentuk mata seperti mata keris atau
kelewang mula terbentuk. Membentuk 'belalai gajah' yang menyerupai seekor gajah
dengan kedudukan belalainya di bahagian atas. 'Belalai gajah' ini diketuk
selepas dibakar. Kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir. Proses
mengikir adalah bertujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata senjata. Senjata
yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan
secara melintang ke tempat menyepuh yang mengandungi air. Ia akan dilakukan
secara berulang kali. Alat senjata yang telah siap dikikir direndam ke dalam
campuran larutan cuka getah dan air. Kemudian dicuci dengan air dan diberus
menggunakan sabut kelapa.
JENIS-JENIS KERIS
Keris Semenanjung boleh dikatakan keris yang menjadi asas kepada segala
bentuk keris yang berasal daripada Tanah Melayu. Rupa bentuk keris iniringkas
serta mudah dikenali. Hulunya menyerupai satu lembaga yang sedang tunduk dan
berpeluk tubuh. Selain itu, hulu keris ini juga seringkali dihiasi dengan
ukiran-ukiran mujarad dan adakalanya bermotifkan bunga. Sarung Keris Semenanjung
ini mempunyai sampir bujur sangkar yang agak besar dan berbentuk segi empat.
Sementara batangnya pula lebar, tidak begitu tirus dan mempunyai ‘kasut’ atau
‘buntut’ jalur bujur sangkar. Jika sarung atau sampir keris disalut perak, maka kasutnya
akan berbentuk ‘bulat tempurung’.
Keris Pekaka pula sejenis keris yang memiliki rupa bentuk hulunya
yangmenyerupai kepala burung Pekaka. Lazimnya, hulu keris ini diperbuat
daripadakayu dan tanduk. Tetapi ada kalanya logam perak juga digunakan. Jika
dikajidan diperhatikan dengan teliti, kita akan dapati bahawa hulu keris ini
juga jikasekali imbas kelihatan seperti salah satu watak dalam cerita wayang
kulit. Matakeris ini biasanya lebih panjang daripada keris-keris lain dan
bentuknya pula adayang lurus dan ada yang berlok. Selain itu, keris ini juga
dikenali sebagai keris‘Keris Ta Jong’.
Keris Panjang pula keris yang mempunyai bentuk mata yang panjang
dantirus, ada yang lurus dan ada juga yang berlok. Hulu keris ini
biasanyadiperbuat daripada kayu atau tanduk dan berbentuk bengkok. Kebanyakan
huluKeris Panjang dihiasi dengan ukiran kembangan bunga pada bahagian
hujungnya.Selain itu, ada juga hulu keris ini yang berasaskan kepada bentuk
‘tapak kuda’dan ‘kepala burung’. Sementara itu, sampirnya pula berbentuk jalur
bulat sepertibuah jering, dengan kedua-dua hujungnya tinggi dan tajam.
Keris Bali biasanya mempunyai rupa bentuk yang besar dan panjang. Hulu keris
ini diperbuat daripada kayu atau gading dan seringkali dihiasi dengan susunan
permata yang berwarna-warni. Keris ini jarang menggunakan pendongkok dan hanya
dilengkapkan dengan sebentuk cincin logam tebal yang dihiasi dengan permata.
Lazimnya, sarung keris ini diperbuat daripada dua belahkayu yang dicantumkan
ada adakalanya cantuman ini meliputi bahagian sampir serta bahagian batangnya
yang berlainan.
Keris Madura pada lazimnya mempunyai rupa bentuk hulu yang dihias dengan
ukiran bermotifkan bunga yang diperbuat daripada gading. Keris ini juga jarang
dilengkapkan dengan pendongkok dan hanya menggunakan sebentuk cincin logam yang
dihiasi dengan permata. Sarung keris ini juga diperbuat daripada cantuman kayu
dan adakalanya bahagian-bahagian sampir serta batangnya diperbuat daripada
gading dan juga logam. Terdapat juga Keris Madura yang hulu dan pendongkoknya
bertatahkan permata yang berwarna-warni.Mata keris jenis ini biasanya berkilat
dan mempunyai pamur yang bercorak warna putih kelabu dan berlatar belakangkan
tanah yang berwarna kehitaman.
Keris Jawa dapat dikenalpasti berdasarkan rupa bentuk bahagian hulu
dansarung nya, terutamanya pada bahagian sampirnya. Hulu keris ini
biasanyadiperbuat daripada kayu dan berbentuk bengkok pada hujungnya dan
adakalanya ia menyerupai bentuk Jawa Demam. Selain itu, hulu keris ini juga
dilengkapkan dengan sebentuk cincin yang diletakkan pada bahagian bawah
pendongkok dan dikenali sebagai ‘selut’. Pada bahagian sarung keris ini pula,
ukuran batangnya tidak begitu lebar tetapi tirus serta berbentuk bulat di
bahagian pangkalnya.
Keris Jawa dapat dikenalpasti berdasarkan rupabentuk bahagian hulu
dansarungnya, terutamanya pada bahagian sampirnya. Hulu keris ini
biasanyadiperbuat daripada kayu dan berbentuk bengkok pada hujungnya dan
adakalanya ia menyerupai bentuk Jawa Demam. Selain itu, hulu keris ini juga
dilengkapkandengan sebentuk cincin yang diletakkan pada bahagian bawah
pendongkok dan dikenali sebagai ‘selut’. Pada bahagian sarung keris ini pula,
ukuran batangnya tidak begitu lebar tetapi tirus serta berbentuk bulat di
bahagian pangkalnya.
Keris terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung. Jenis-jenis keris dibezakan
dengan ciri-ciri tersebut dan mempunyai nama yang unik mengikut ciri-ciri dan
juga asal usulnya. Sebilah keris yang dijumpai pada dinding candi Borobodor,
Indonesia mungkin menunjukkan bahawa asal usul keris adalah dari Jawa. Keris
yang tertua sekali adalah dipercayai Keris Majapahit.
Keris Sundang mempunyai rupa bentuk hulu, mata dan sarung yangberukuran
lebih besar berbanding dengan jenis-jenis keris yang lain. Matanya,sama ada
lurus atau berlok adalah lebih panjang, lebih tebal dan lebar. Hal iniadalah
kerana keris ini digunakan untuk menetak atau mengibas dan bukannyauntuk
menikam. Hulu keris jenis ini biasanya diperbuat daripada gading ataukayu,
berbentuk bulat dan panjang serta dihiasi dengan susunan simpai daripadatali
atau logam. Terdapat juga hulu keris jenis ini mempunyai bentuk ‘KepalaBurung
Garuda’ dan dihias dengan susunan logam perak. Keris ini juga dikenalisebagai
Keris Sulok.
Keris boleh dikenali jenisnya pada bahagian Hulu, Sarung dan Mata ataupun ketiga-tiganya
sekali. Namun demikian jenis keris jarang dikenali mengikut ketiga-tiga bahagiannya,
kebiasaannya hanya dua bahagian sahaja yang dirujuk. Antara jenis-jenis keris yang
dipamerkan ialah Keris Jawa atau Bentuk Wayang, Keris Madura, Keris Panjang dan
Keris Bugis.
Karya seni yang tinggi dapat dilihat pada kepelbagaian jenis mata
keris lurus dan berluk, ukiran dan perhiasan yang kreatif pada hulu dan
sarungnya. Terdapat mata keris yang berbentuk seperti lidah api, dan sarung
serta hulunya yang mempunyai bentuk dan rekacorak yang harmonis menunjukkan
gabungan seni ukiran, seni pahat dan seni patung yang kaya mutunya. Kesemua
hasil seni ini memerlukan seni ketukangan yang tinggi dan kepakaran yang
mendalam. Antara keris-keris yang dipamerkan ialah Keris Semenanjung dan Keris
Pekaka.
Senjata-senjata yang dipamerkan merupakan senjata kegunaan harian
masyarakat Malaysia. Antaranya ialah pisau kait kelapa dan pinang, pisau raut,
parang puting, parang tapeh, parang tebu, golok sembelih lembu, golok potong
keropok, golok rembau dan sadap daun gambir.
PERANAN KERIS DALAM BUDAYA MELAYU
Keistimewaan keris dari segi fungsi
dan peranannya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu fungsi pada bentuk fizikal
objek keris sendiri, dan fungsi penggunaannya. Berikut adalah peranan-peranan
keris dalam budaya Melayu. Menurut teori functionalism, penghasilan sesuatu budaya
benda(termasuk keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu
budayabenda berkenaan. Pada dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah
jugadicipta berasaskan keperluan fungsinya (Norazit Selat, 1989) Teori
determinism pula mengatakan, setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana
sesuatutujuan, sebab, atau hikmah tertentu. Kedua-dua teori ini saling
berintegrasi danberkoordinasi serta sangat relavan untuk dijadikan asas untuk
membincangkanfungsi keris, sama ada dari segi bentuknya atau penggunaannya
(Haji Hashim,2004).
Berdasarkan kepada kedua teori ini, keris
bukan sahaja dilihat dariaspek pertahanan tradisi, juga mencakupi aspek politik,
sosiobudaya dan ekonomi. Jika hendak dibincangkan perkembangan, peranan, dan
perubahan dari perspektif kebudayaan dan tamadun Melayu di alam Melayu,
sememangnya banyak yang kita boleh lihat. Dalam perspektif kebudayaan di alam
Melayu, keris berperanan dalam adat perkahwinan, pertabalan raja atau sultan,
dan digunakan dalam kehidupan seharian sebagai senjata untuk mempertahankan
diri.
Namun pada hari ini, peranannya semakin meluas
dan telah dipelbagaikan. Keris telahdijadikan sebagai bahan pameran dan tatapan
oleh penggemar–penggemar kerispada hari ini. Keris juga telah dijadikan
barangan komersial kerana terdapat banyak permintaan daripada penggumpul
koleksi keris.Dahulunya kebanyakkan golongan lelaki masyarakat Melayu memiliki kepakaran
dalam seni pembuatan keris. Hampir setiap orang menghasilkan keris untuk
keperluan diri sendiri maka peranan keris sebagai barangan komersialagak
kurang. Namun begitu, perkara yang sebaliknya berlaku pada masa ini dimana
penempa keris agak kurang dan sukar dicari. Hal ini kerana hanya segelintir
masyarakat yang masih berminat dalam seni penempaan keris dan masih memiliki
peralatan yang lengkap untuk penempaan senjata ini.
Perkembangan peranan keris diantaranya
meliputi spiritual atau keagamaandi mana keris merupakan lambang dan memiliki
unsur spiritual yang dapat dilihat dari bentuk dapur dan pamornya. Keris
dianggap sebagai pertemuan antara besi dan batu meteor sehingga merupakan satu
gabungan yang di anggapmenjadi dasar bersatunya hamba dan Tuhannya yang hingga
saat ini masih dapat dilihat pada upacara-upacara keagamaan di Jawa dan Bali.
Dari segi psikologi keris dipercayai memiliki kekuatan motivasi yang
mempengaruhi perilaku. Keris merupakan sebuah aturan yang dapat dilihat,
sehingga keris mampu mempengaruhi perilaku pemiliknya. Seseorang menjadi berani
apabila memiliki keris.Selain itu, dari segi politik, keris memiliki peranan
dalam percaturan politik kerajaan-kerajaan di Nusantara. Sumber-sumber sejarah
banyak menceritakanperanan keris dalam politik kerajaan. Begitu juga dalam
Status Sosial keris mewakili kedudukan dan status seseorang dalam masyarakat.
Keris merupakan salah satu alat yang menentukan strata sosial dalam masyarakat.
Hal ini dapat dilihat dari pemakaian keris tertentu.
Keris juga menjadi media komunikasi
kerana keris mampu membawamuatan pesan yang dapat ditangkap isinya dalam sistem
budaya masyarakat.Mengenakan keris dengan gaya tertentu dapat dilihat
reaksinya.Dari segi magis kekuatan magis yang terdapat pada keris masih
diyakini oleh sebahagianmasyarakat. Keris di nusantara terutama di jawa
diyakini memiliki kekuatanmagis. Selain itu juga keris menjadi ukuran estetik
& artistic dimana kerismenjadi medium ekspresi kesenian. Keris diciptakan
atas dasar kaedah-kaedahkeindahan. Begitu juga dari segi ekonomi keris
diproduksi dan diperjualbelikandari dulu hingga sekarang juga berperanan
sebagai pelengkap busana tradisi.Perkembangan peranan keris diatas diimbangi
pula dengan perkembanganteknik-teknik yang mendukung pencapaian nilai dan
fungsi yang dituju, sehingga memperkaya pula khazanah teknologi keris.
1)
KERIS
SEBAGAI ALAT KEBESARAN DIRAJA PADA PERTABALAN AGUNG
Keris adalah sebahagian daripada
pemakaian penting seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambang legitimasi
kerajaan dan kedaulatan baginda (Utusan Malaysia, 7 November 1985).
Sehingga kini, di nusantara hanya Malaysia
sahaja yang mengamalkan sistem monarki berperlembagaan dan antara negara yang
paling ramai mempunyai raja atau sultan iaitu 9 orang raja di sembilan buah
negeri (propinsi) dan seorang Yang Di-Pertuan Agong sebagai tampuk tertinggi
negara. Setiap negeri mempunyai seorang sultan atau raja.
Alat-alat
Kebesaran Diraja memainkan peranan penting dalam istiadat-istiadat rasmi
Raja-raja Melayu di negara ini. Peralatan-peralatan itu yang melambangkan
kedaulatan Baginda dan negara telah dicipta dan disesuaikan dengan alat
kebesaran yang pernah menjadi warisan kegemilangan Raja-raja Melayu pada
zaman keagungannya dahulu. Bagaimanapun, sesuai dengan fungsi dan
kehormatannya, alat-alat berkenaan hanya boleh digunakan pada upacara rasmi
sahaja, dan untuk kesekian kalinya, rakyat akan berpeluang menyaksikan
penggunaannya pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri
Agong ke-14, pada 11 April ini.
Antara alat-alat
kebesaran itu ialah pakaian istiadat Yang di-Pertuan Agong termasuk Muskat,
Tengkolok, Pending, Keris Pendek, Gendik dan Kalung. Muskat adalah pakaian
rasmi Yang di-Pertuan Agong, yang berasal dari Oman. Pakaian rasmi ini mula
digunakan pada 1960 semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga yang
diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Pada kebiasaannya,
baju itu dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan
tengkolok pada majlis-majlis sempena Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan
serta semasa lawatan rasmi Baginda ke negeri-negeri di seluruh Malaysia dan
perasmian persidangan Parlimen. Tengkolok yang turut dipakai pada hari
pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan
"Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan.
|
KERIS
PANJANG DIRAJA
Alat kebesaran Melayu yang
sangat dimuliakan ialah keris. Keris panjang Diraja adalah kebesaran Negara
yang utama dalam Istiadat Pertabalan. Keris panjang Diraja adalah Keris
Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut
dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang sebelas Negeri
tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas
bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk “Tapak
Kuda”, dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh
Sei Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam Istiadat tertentu sahaja.
Setiap keris mempunyai lok dan ada makna yang tersendiri. Kebiasaannya lok
dibuat dengan angka ganjil. Berikut adalah lok dan maknanya:
·
Keris lurus-
melambangkan keteguhan hati, iman, tauhid dan kepercayaan kepada Yang Esa.
·
Keris lok 3- perlambangan
permohonan kepada Tuhan dapat tercapai dan segalam rintangan dapat diatasi.
·
Keris lok 5-
permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris diber kelancaran berbahasa dan
berbicara dan orang yang diajak berbicara terpikat atau terpengaruh.
·
Keris berlok 7- melambangkan
permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki kewibawaan dalam bicara,
perintahnya ditaai, perkataannya mempengaruhi lawan dan teguran didengari
serta ditakuti.
·
Kaeris berlok 9-
melambangkan pernohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki kewibawaab
dab karisma sehingga menjadi pemimpin yang baik dan anak buahnya segan dan
taat
·
Keris berlok 11-
melambangkan agar pemiliknya memiliki cita-cita besar dalam usaha meraih
kedudukan ekonomi.
·
Keris berlok 13-
melambangkan permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki jiwa yang
stabil dan kukuh dalam masyarakat.
|
2) KERIS DALAM ILMU PERUBATAN/PERBOMOHAN
Keris perubatan
dan perbomohan. Masyarakat Melayu walaupun telah mengalami arus pemodenan,
namun nilai-nilai tradisi warisan nenek moyang masih diamalkan sehingga kini.
Pemilihan keris untuk tujuan ini tidaklah tetap. Apa juga jenis boleh
digunakan. Keris
dalam dunia perbomohan dan perubatan Ahmad Huzairi Ab. Halim
(1999:hal.194) menjelaskan secara
umum konsep bomoh dapat diertikan sebagai tabib kampung
(yang mengubati orang sakit denganmenggunakan ubat tradisional atau cara
kampung dan jampi-jampi) yang sama ertinya dengan dukun. Sementara itu pawang
adalah orang yang mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu(biasanya menggunakan
kuasa ajaib) seperti pawang
buaya yang pandai menangkap
buaya, pawang hujan
ialah orang yang
boleh mengalih hujan
dari satu tempat ke
tempat lain dan
sebagainya.
Taib Osman (1989:hal.60)
menjelaskan bahawa bomoh adalah pakar perubatan tradisi manakala pawang
adalah pengamal magis yang mempunyai kebolehantertentu. Dalam konteks
masyarakat Melayu seorang bomoh juga adalah seorang pawang. Ini adalah kerana
pada waktu waktu tertentu seorang pawang juga seorang bomoh dan sebaliknya.
Malah mengikut Muhammad Hj. Salleh (1989) seorang dukun juga seorang tukang
cerita, seorang penyanyi, seorang pemuzik danseumpamanya. Penjelasan di atas
hanyalah memberikan sedikit sebanyak pengertian bomoh dan pawang dalam
budaya Melayu. Sesuai dengan
fungsinya, dukun, bomoh
dan pawing dianggap
orang pandai untuk
menutralkan sesuatu. Daripada
gejala yang tidak
baik dan buruk yang
berasal dari roh, semangat, penunggu, saka, buatan orang
dan lain-lain lagi. Usaha ini dianggap berfungsi
mengembalikan keadaan seperti
asalnya.
Menurut Hashim
Awang terdapat pelbagai
kriteria yang dikaitkan
dengan uzur iaitu
bersifat pasif dan
tidak memainkan peranan
aktif dalam komunitinya. Di samping
itu, keuzuran bukan sahaja
mengakibatkan rasa sakit, gelisah dan
derita, tetapi menyebabkan emosi pesakit
terganggu. Disebabkan usia perbomohan
itu sama tua
dengan kewujudan manusia,
perkembangannya juga mengalami
perkembangan yang sesuai
dengan tamadun manusia itu
sendiri. Dalam proses
perkembangan ini, ilmu
perbomohan berpindah dari
satu generasi ke satu
generasi secara lisan dan
metod-metodnya juga berubah dari
satu metod ke satu metod
yang lain. Begitu juga
mentera-mentera yang digunakan
yang berfilsafat anamisme-dinamisme, Hindu-Budha ,
yang nantinya akan
tercermin dalam berbagai
ritual yang melibatkan
bomoh Sesuai dengan
hakikat perkembangan Islam dan
penentangan ulamak, para bomoh
telah membangunkan perdukunan
mereka dengan memanfaatkan Al Quran,
hadis dan kitab-kitab lain
yang berbau tasawuf.
Kitab Tajul Muluk, Bintang Dua
Belas dan Kitab Tib
menjadi rujukan. Kitab Tajul
Muluk misalnya telah memberikan ramuan-ramuan
dan penyakitnya. Konsep solat-Rukun 13 diangkat sebagai
pusat segala ilmu perdukunan di
alam Melayu. Rukun 13 tadi di
bahagikan kepada empat
kumpulan iaitu kosmologi
existensialisme manusia (kewujudan dan keberadaan). Kewujudan
manusia berasal dari
ibunya empat perkara,
dari bapa empat perkara,
dari malaikat empat
perkara dan dari
Tuhan satu perkara.
3)
KERIS
DALAM PERKAHWINAN
Keris pelengkap busana/perkahwinan tidaklah segah seperti upacara pertabalan raja atau agong, Cuma
keris-kerisan sesuai dengan “Raja Sehari”.
4)
KERIS
DALAM PEMUJAAN
Menurut Ahmad
Sunawari Long di dalam buku Sejarah Falsafah, falsafahTimur lebih bersifat kesusasteraan,
intuitif, mistik, impian dan berkaitan dengan pancaindera. (2006:21). Edward
Frey seorang pengkaji Keris dalam buku The Kris: Mystic Weaponof the Malay
World (1988) membincangkan mengenai kuasa dan keajaiban keris berdasarkan
sejarahnya di Indonesia dan Malaysia.
Masyarakat
Melayu amat menebal dengan berbagai kepercayaan yang diwarisinya turun temurun.
Salah satu kepercayaan yang masih menjadi pegangan ialah keris mempunyai kuasa
yang luar biasa. Kuasa dan keajaiban
keris dipercayai berpunca daripada jenis besi yang digunakan dan pembuat keris
itu sendiri. Contohnya keris Mataram (tahun 1600) diperbuat menggunakan sembilan jenis besi yang
didapati daripada sembilan tempat yang berlainan. Pembuatannya memakan masa
sehingga 17 tahun kerana hanya sekali pukulan pada setiap Jumaat kerja
penempaanya dijalankan.Setelah siap, keris berkenaan dikatakan memiliki
kesaktian yang luar biasa. Begitu juga dengan keris Taming Sari yang diperbuat
daripada 20 jenis besi.
Pada zaman
dahulu, pembuatan keris dianggap suatu pekerjaan yang suci. Pembuat keris
terdiri daripada orang yang terpilih di kalangan masyarakat atau ditentukan
khususnya raja (Berita Minggu, 1 Mac 1998). Sebelum proses membuat keris,
pembuat keris akan memperlengkapkan diri seperti berpuasa atau bertafakul (Berita
Harian, 1 April 1995). Sebagai alat yang dianggap suci, keris juga akan
dipelihara dengan baik dan disimpan di tempat khas. Selalunya keris akan dibungkus
dengan kain kuning atau putih dan disimpan ditempat tinggi supaya tidak
dilangkahi atau dipermainkan begitu sahaja. Untuk menyuci keris pula, selalunya
dilakukan setahun sekali pada bulan Muharam.
5)
KERIS
DALAM ILMU PERSILATAN
Ia juga
digunakan sebagai pelengkap pakaian lelaki, azimat, pelindung diri dan rumah
tangga untuk memperoleh kekayaan, menundukkan manusia, jin dan haiwan, menolak
bala, pelaris dagangan (UtusanMalaysia, 2 Mac 1996). Fungsi keris di Alam
Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau digunakan dalam pertarungan.
Keris
seni beladiri atau keris persilatan adalah keris yang digunakan dalam latihan persilatan boleh berupa
apa sahaja jenisnya namun kualitinya adalah rendah berbanding dengan
keris-keris tujuan lain. Menurut teori functionalism, penghasilan sesuatu
budaya benda (termasuk keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu
budaya benda berkenaan.
Pada dasarnya,
bentuk sesuatu budaya benda itu adalah juga dicipta berasaskan keperluan
fungsinya (Norazit Selat, 1989). Teori determinism pula mengatakan, setiap
kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah
tertentu (Nes Smith, 1995). Kedua- dua teori ini saling berintegrasi dan
berkoordinasi serta sangat relavan untuk dijadikan asas untuk membincangkan
fungsi keris, sama ada dari segi bentuknya atau penggunaannya. (Haji Hashim,
2004). Berdasarkan kepada kedua teori ini, keris bukan sahaja dilihat dari aspek
pertahanan tradisi, juga mencakupi aspek politik, sosiobudaya dan ekonomi.
KESIMPULAN
Keris adalah salah satu artifak Melayu yang penuh dengan keindahan
kesenian masyarakat Melayu. Melalui keris dapat dilihat falsafah, pemikiran dan
cara kehidupan masyarakat pada waktu keris itu dihasilkan. Fungsi keris itu,
baik dari segifizikal mahupun kepercayaan telah melalui banyak perubahan akibat
peredaran zaman. Perubahan yang terjadi boleh bersikap positif dan negatif.
Perubahan yang bersifat positif perlu digalakkan dan disokong
kerana ia menjulang citra dan jati diri keris. Bagi yang negatif pula perubahan
mungkin terjadi akibat kurangnya kefahaman dan ilmu tentang keris itu sendiri.
Kesedaran tentang pentingnya keris harus dilakukan untuk tidak mencacatkan dan
merendahkan maruah ciptaan nenek moyang kita dan meletakkan keris di tempat
yang sepatutnya.
Di samping
merupakan refleksi kebudayaan, keris juga dipilih sebagai identiti masyarakat
Melayu di Asia Tenggara yang memberi erti dan maksud aspek falsafah keagamaan
dan persejarahan (Utusan Malaysia, 2 Mac 1996). Keris sangat penting kerana ia
dapat membezakan antara orang Melayu dengan dengan bukanMelayu, sama ada dalam
lingkungan geopolitik yang sama atau serantau. Justeru,keris terus menjadi
identiti bangsa Melayu sehingga kini (Berita Harian, 16 Februari1998).
Falsafah disebalik
bentuk asal keris, Empirisisme berpendapat bahawa ilmu pengetahuan itu
diasaskan ataudiperoleh melalui pengalaman, iaitu dikaitkan dengan
perkara-perkara yang bolehdiinderai dan dialami. Teori ini didukung oleh
Aristotle yang mengungkap ”Tidak ada yang dapat difahami kalau tidak terlebih
dahulu kita tangkap dengan pancaindera”(Scruton,1989:18).
Sekian, Wallahua’lam.
Terima kasih sangat membantu!
ReplyDelete